Bahagian paha belakang (ROUND) , mewakili Topside, Silverside, Knuckle, dan Shin Shank.. Sesuai untuk pelbagai masakan berkuah, reneh, salai, BBQ, bakar, kari & singgang…
Terletak di bahagian LOIN.. Daging yang paling lembut dalam seekor lembu. Sangat enak untuk dibuat steak, masakan yang tidak lama untuk dimasak & pelbagai masakan berkuah..
Khas buat peminat sup rusuk, rusuk salai, rusuk bakar & rusuk steam.. Ramai orang Cina buat Rusuk ni sebagai lauk dalam masakan mee panas.. Sedapp….
Khas buat peminat Sup Tulang, dah tentu ini pilihan anda.. Tulang berdaging yang PREMIUM..
Dari ruangan (LOIN). Tekstur lembut lebih kurang Tenderloin. Sesuai untuk dimasak masakan yang berkuah, bergoreng, masakan stim, rendang, dan boleh dibuat sebagai stik, serta tak perlu dimasak lama..
Peminat sup perut, boleh gunakan perut muda, perut tebal & perut bulat sebagai menu sajian utama anda.. Ada juga yang buat sebagai perut air asam…
Peminat Sup Lidah, dah boleh hadirkan diri.. Ada juga orang kita buat lidah sebagai masakan goreng kunyit.. Mengancam jiwa…
Dari bahagian ROUND & pejal.. Sangat best kalau masak sup keting. Juga dibuat sebagai daging singgang.. Juga sangat sesuai dimasak gulai, kari, BBQ, dan masakan stim..
Dipanggil sebagai Ground Beef / Trimmings. Bahagian lebihan berunsur daging & lapisan lemak lembut. Peminat asam pedas tetel, atau masakan kari berkuah, juga ada yang buat daging cincang sebagai penyedap dalam gulai kawah..
Bahagian EKSOTIK yang ramai peminat. Tekstur yang lembut seperti Tenderloin, buat ramai terpaut dengannya. Sedap buat masak goreng, dan masak kari, buat santapan sebagai masak lemak pun sedap..
Brisket (juga dipanggil cenonok), memang sangat popular. Boleh buat steak, dan juga dipanggang begitu sahaja.. Ataupun bakar dalam suhu slow-cook. Juicy & rasa berlemak, memang lembut & menyelerakan… Lemak cair di mulut..
Siapa kat sini peminat Sup Gearbox? Nyamannnn… Gearbox berdaging PREMIUM belbagai berat..
Kalau makan nasi lemak, ada lauk sambal paru memang lagi menyengat.. Ada juga paru dimasak goreng, gulai, dan masakan berkuah..
Diambil dari bahagian dalam kepala dengan cermat, lemah lembut. Khas buat anda peminat otak, makanan eksotik.. Masak lemak cili api otak, memang legend.. Kena cubaaa….
Ada yang buat sebagai ubat tenaga dalaman.. Juga ada yang minat untuk goreng berlemak. Terkenal di selatan Thai, sebagai Sup Torpedo…
Ada di dalam Daging Keting (Shin Shank).. Makanan eksotik buat peminat sup urat keting.. Juga ada yang masak sebagai rebusan lama, untuk dihidangkan bersama mee berkuah & masakan kari..
Digunakan juga dalam masakan gulai kawah, masak kari, dan masakan berkuah. Hati juga ada yang gunakan untuk masakan bergoreng.. Rangup & pejal…
Masak goreng berempah, atau ada juga goreng kunyit.. Walaupun hitam, tapi rasa rangupnya boleh buat teringat…
Sedapnya puyuh goreng bersalut tepung yang rangup. Kalau masak burung puyuh penyet, lagi SYOK….
Buat anda yang berminat nak mula bisnes daging sendiri, kami bersedia untuk anda. Terus order, dapat lembu bersih siap timbang & hantar. Anda urus sendiri & boleh mula terus berniaga secara runcit di lokasi anda… Juga sesuai untuk nak buat kenduri besar-besaran…