Bahagian paha belakang (ROUND) , mewakili Topside, Silverside, Knuckle, dan Shin Shank.. Sesuai untuk pelbagai masakan berkuah, reneh, salai, BBQ, bakar, kari & singgang…
Peminat sup perut, boleh gunakan perut muda, perut tebal & perut bulat sebagai menu sajian utama anda.. Ada juga yang buat sebagai perut air asam…
Potongan istimewa untuk mereka yang mahukan penjimatan masa.. Boleh masak rendang, daging goreng & singgang daging dengan cepat & mudah.. Takyah potong dah..
Peminat Sup Lidah, dah boleh hadirkan diri.. Ada juga orang kita buat lidah sebagai masakan goreng kunyit.. Mengancam jiwa…
Dari bahagian ROUND & pejal.. Sangat best kalau masak sup keting. Juga dibuat sebagai daging singgang.. Juga sangat sesuai dimasak gulai, kari, BBQ, dan masakan stim..
Dipanggil sebagai Ground Beef / Trimmings. Bahagian lebihan berunsur daging & lapisan lemak lembut. Peminat asam pedas tetel, atau masakan kari berkuah, juga ada yang buat daging cincang sebagai penyedap dalam gulai kawah..
Brisket (juga dipanggil cenonok), memang sangat popular. Boleh buat steak, dan juga dipanggang begitu sahaja.. Ataupun bakar dalam suhu slow-cook. Juicy & rasa berlemak, memang lembut & menyelerakan… Lemak cair di mulut..
Kalau makan nasi lemak, ada lauk sambal paru memang lagi menyengat.. Ada juga paru dimasak goreng, gulai, dan masakan berkuah..
Potongan panjang halus.. Sesuai untuk masakan sup daging, goreng, mee berkuah, lauk masakan daging reneh, & panggang BBQ..
Digunakan juga dalam masakan gulai kawah, masak kari, dan masakan berkuah. Hati juga ada yang gunakan untuk masakan bergoreng.. Rangup & pejal…
Diambil dari bahagian dalam kepala dengan cermat, lemah lembut. Khas buat anda peminat otak, makanan eksotik.. Masak lemak cili api otak, memang legend.. Kena cubaaa….
Ada di dalam Daging Keting (Shin Shank).. Makanan eksotik buat peminat sup urat keting.. Juga ada yang masak sebagai rebusan lama, untuk dihidangkan bersama mee berkuah & masakan kari..
Masak goreng berempah, atau ada juga goreng kunyit.. Walaupun hitam, tapi rasa rangupnya boleh buat teringat…
Juga dipanggil sebagai ground beef. Boleh guna untuk buat patty burger, meatball, atau lauk spagetti..
Ada yang buat sebagai ubat tenaga dalaman.. Juga ada yang minat untuk goreng berlemak. Terkenal di selatan Thai, sebagai Sup Torpedo…
Orang kampung, memang pandai buat sampai boleh buat makan. Sup kaki lembu, memang betul-betul rare & sangat sedap kalau pandai buat…
Dari bahagian ROUND & agak pejal, namun sedikit lembut.. Sebelahnya ada daging keting.. Sesuai untuk digoreng, masak gulai, kari, sup, salai, & bakar BBQ
Buat anda yang berminat nak mula bisnes daging sendiri, kami bersedia untuk anda. Terus order, dapat lembu bersih siap timbang & hantar. Anda urus sendiri & boleh mula terus berniaga secara runcit di lokasi anda… Juga sesuai untuk nak buat kenduri besar-besaran…