Apa Itu Daging Harimau Menangis ?

harimau menangis

Daging Harimau Menangis ni sebenarnya bahagian apa? Dah popular sangat kan nama bahagian daging ni. Ada selebriti siap buat produk dengan nama Daging Harimau Menangis lagi tu. Pelbagai produk timbul macam cendawan tumbuh, dari jenis produk “Ready-To-Eat” sehingga ke produk sejuk beku (frozen). Tapi apa sebenarnya daging harimau menangis ni? Berikut adalah segelintir pendapat daripada orang tua-tua dulu :-

1 – Daging Batang Pinang (Tenderloin)

Ada juga pendapat mengatakan daging batang pinang dalam (Tenderloin) adalah yang dimaksudkan sebagai daging harimau menangis, betul ke? Hmmmm.. Mungkin juga ada logiknya. Daging batang pinang dalam terletak tersorok di dalam tulang rusuk belakang lembu di bahagian (LOIN). Bahagian ini perlu dikeluarkan dengan berhati-hati. Kalau silap. boleh rosak Tenderloin tu.

Bahagian ni pun, susah untuk harimau nak makan, sebab tersorok, kena ratah tulang dulu baru boleh makan daging batang pinang dalam ni. Itu kot yang sebabkan ia dipanggil sebagai harimau menangis kan. Sampai harimau pun menangis nak makan, sebab susah nak gigit.. hehehehe… Wallahuaklam…

2 – Daging Bawah Dada (Brisket)

Jika bertanya kepada kami di Daging Online, kami lebih cenderung untuk mengatakan yang Daging Harimau Menangis adalah BRISKET.. Kenapa? OK, anda pernah dengar terma atau panggilan “daging cenonok”.. Ya, CENONOK adalah terma orang tua-tua di bahagian Pantai Timur sebagai panggilan untuk daging berlemak di bawah bahagian dada. Daging inilah dirujuk sebagai daging harimau menangis. lemak-lemak di bahagian daging bawah dada (BRISKET) ini sangat-sangat lembut..

Bila dibakar, memang i cair di mulut.. So juicy & memang mengiurkan serta menyelerakan. Kalau masak gulai, atau buat sup, daging bahagian BRISKET ni sangatlah menjadi kegemaran ramai. Sebab ada rasa daging yang kuat & jus daging yang keluar bercampur lemak, memang menggamit diet korang… hehehehe…

harimau menangis

3 – Daging Celah Paha Belakang (Bottom Sirloin)

Sebab lokasi daging ni duduk dekat celah paha belakang lembu, orang kata harimau pun menangislah sebab tak dapat nak ngappp daging yang ada kat situ. Kononnya daging kat bahagian itulah yang paling lembut kat atas badan seekor lembu. Betul ke? Mungkin juga.

Tapi bahagian bottom sirloin, adalah salah satu bahagian yang lajurannya datang dari daging batang pinang juga. Teksturnya agak lebut juga, tapi jika nak banding dari sudut skala 1 hingga 10, kami boleh katakan daging bahagian ini skala lembutnya adalah 7 sahaja.. Yang paling lembut memang tak lain tak bukan adalah Tenderloin, daging batang pinang dalam (dengan skala kelembutan 10).. Kalau nak bandingakn dengan Daging Harimau Menangis (BRISKET) pun, daging brisket lebih lembut sebenarnya..

daging segar

Apa pun saja pendapat, terpulang kepada anda.. Yang paling utama bukannya terletak pada namanya. Segalanya terletak pada kunci masakan anda. Jika anda nak masak daging dengan masakan yang perlu dimasak sekejap, jangan gunakan daging dari bahagian yang liat seperti daging keting, daging bahagian bahu, kerana ianya akan memberi rasa agak liat nanti..

Begitu juga kalau anda nak masak dengan lama, jangan gunakan daging yang mudah hancur & terlalu lembut seperti Tenderloin / Striploin.. Daging ni tak sesuai untuk dimasak lama. Cukup sekadar 5-10 minit sahaja, itu pun dah cukup lama. Amat penting untuk anda mengenalpasti apa menu masakan anda, cara masakan anda & anda nak guna bahagian & daging mana untuk dimasak.. Jangan pergi betul-betul ambil daging harimau menangis pulak (loyar buruk sikit), tak sempat nak sembelih harimau tu, orang yang anda sayang pula yang menangis nanti… hehehehe…

Leave a Reply